Islam, Insan dan Physics

Perbincangan mengenai islam, insan dan fizik. A discussion about Islam, Human and Phyiscs


Assalamualaikukum W.B.T

Pada tahun 1929, seorang ahli Fizik bernama Paul Dirac (pemenang nobel 1933) telah menteorikan kewujdan positron melalui persamaan matematiknya, "persamman dirac". Posiron merupakan zarah yang mempunyai sifat yang sama dengan elektron kecuali bercas positif berbanding elektron bercas negatif. Sifat lainnya seperti jisim dan spin adalah sama.

Kewujudan positron telah dibuktikan di dalam eksperimen Carl David Anderson yang dilakukan pada 1932. Carl David Anderson kemudiannya memenangi hadiah Nobel pada tahun 1936 kerana penemuannya ini.

Positron merupak
an satu contoh zarah daripada satu keluarga zarah yang besar yang dipanggil sebagai anti-zarah ( anti particle). Setiap zarah seperti neutron, proton, quark, muaon dan tau mempunyai pasangan antin-nya. Bagi zarah neutron maka zarah antinya adalah anti-neutron dan jika proton maka antinya adalah anti-proton, sama juaga bagi kesemua zarah lain (Hanya anti-elektron mempunyai nama khas iaitu positron).


(Jejak positron di dalam cloud chamber yang di jumpai oleh Carl David Anderson)

Setiap anti-zarah mempunyai sifat-sifat fizik seperti jisim dan spin yang sama dengan zarah pasangannyan. Kelainannya hanyalah pada cas dimana cas anti-zarah akan berlawanan dengan casa pasangannya. Namun terdapat juga zarah-zarah yang bercas neutrel, maka bagaimana pula cas antinya.

Keadaan sebigini adalah khas untuk zarah berkenaan, sesetangah zarah seperti foton adalah anti bagi dirinya sendiri. Maka anti foton adala foton juga. Namun tidak semua zarah neutrel begitu, seperti zarah K dan anti-K merupakan dua zarah yang berlainan sama sekali. Zarah K dan anti-K hanya dapat dikenal pasti melalui analisis saintifiks yang kompleks.

Bagi orang Islam apa yang menarik disini dapat kita keluarkan daripada dua ayat al-quran,

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya
(Yaasin, Ayat 36)

Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).
(Adz-Dzaariyat, Ayat 49)

Di sini kita dapat dilihat bahawa Allah s.w.t telah menjadikan makhluk-makluknya berpasangan. Apabila dikatakan Allah menjadikan mahluk berpasangan, kita sering terfikir pasangan ini seperti lelaki perempuan, jantan betina, atau matahari bulan. Namun, fenomena berpasangan-pasangan ini sebenarnya lebih jauh dan lebih mendalam.

Pasangan zarah dan antinya adalah satu contoh fenomena makhluk Allah s.w.t. itu dijadikan berpasangan di dalam ilmu sains fizik. Sebernya konsep berpasangan ini lebih luas dan abstrak di dalam fizik apabila kita mengatakan tentang simetri dan sebagainya. Oleh penyataan tentang makhluk itu berpasangan menunjukkan betapa tingginya ilmu yang terkandung di dalam Al-quran. Insya'Allah Hanya menungu diterokai oleh muslim

Penulis tidak mengatakan bahawa tafsir ayat di atas adalah sebegini, kerana penafsiran al-quran memerlukan pengetahuan yang lebih luas dan menadalam yang tidak ada pada di penulis. Hanya ingin mengariskan persamaan yang ada di dalam Al-quran dan juga ilmu fizik bagi kebaikkan bersama, Insya'Allah.

Lihatlah kejadian Allah pada dirimu dan sekeliling mu, dan berfikir, Insya'Allah kamu akan melihat Kekuasaan dan Keangunya, tersentak dengan kekercilan diri.




Pemisahan agama dalam kehidupan manusia dewasa ini amat berleluasa setelah hampir ribuan tahun pemikiran sekularisma dicanangkan di dalam masyarakat. Peristiwa hukuman mati yang dikenakan keatas galileo galilei oleh gereja menambahkan lagi kebencian orang eropah pada waktu itu untuk bertahan dengan kongkongan gereja. galileo galilei dihukum setelah menyokong teori yang pelik bin ajaib pada ketika itu yang menyatakan matahari merupakan pusat sistem suria bukannya bumi. Kebangkitan sekularima dengan memisahkan agama daripada kehidupan bertitik tolak daripada penolakan orang eropah terhadap gereja. Kesan daripada itu berlakulah kebangkitan daripada zaman gelap atau renaissance.

Hari ini sekularima semakin membarah dalam kehidupan manusia terutamanya bagi penganut islam di Malaysia. Fenomena sekularima dalam kalangan umat islam berleluasa dengan wujudnya individu-individu atau kumpulan yang menyatakan mereka memperjuangankan keadilan. Akan tetapi penafsiran mereka tentang islam jauh meleset daripada landasan yang sebenar. Ada juga parti politik yang mabukkan kuasa berpendirian agama tidak boleh dipolitikkan atau politik tidak boleh diagamakan. Urusan perbankan yang selama ini bertunjungkan doktrin sekularima hari ini menampakkan perubahan dengan adanya islamik banking, mungkin sebab duit baru nak di islamkan.

Ada yang tidak sedar dalam kalangan yang kuat pegangan agama pun terlibat dalam gejala sekularisma. Sekularisama yang dimaksudkan ialah memisahkan kehidupan daripada agama. Dalam kegairahan beribadat khusus ramai yang alpa dengan kepentingan dunia yang merupakan pelabuhan untuk kepentingan akhirat. Sebagai contoh seorang petani islam yang kerjanya mengusahakan lading cili. Setelah solat suboh berjemaah petani ini tadi bersiap untuk keladang sekitar jam 8.00 pagi. Aktiviti seperti biasa di ladang iaitu siram air sikit-sikit, cabut rumput sikit-sikit dan baja sikit-skit, itu pun kalau ade . Jam 10.30 pagi balik awal sebab nak solat dhuha. Sebagai perbandingan seorang petani cina bukan islam, sama mengusahakan ladang cili datang seawal 7 pagi melakukan rutin harian. Datang 7 pagi hanya untuk membuat kacukan secara manual untuk memastikan cili menghasilkan veraiti yang diinginkan. Seterusnya 8 pagi meyiram air menggunakan kaedah terbaru disamping kaedah fertigasi yang digunakan. Menyembur pokok dengan baja air atau Byfolan yang penting untuk meransang pembuahan dilakukan setelah semburan racun cylacron yang bertindak membunuh perosak yang menyebabkan antraknose(kulat). Aktiviti ladang ditamatkan sekitar jam 12 tengah hari setelah selesai semua tugasan. Sudah pasti petani cina tadi tak solat dhuha apetah lagi bersedia untuk bersolat zuhor di masjid, mungkin petani cina tersebut ke kedai nombor ekor untuk berjudi. Secara logiknya diakhir proses penuaian sudah pasti petani cina tadi akan mendapat hasil cili yang lumayan kerana dia memastikan proses penanaman dilakukan secara sempurna megikut keperluan fisiologi cili. Tetapi petani islam tadi mungkin tidak mendapat hasil yang diharapkan kerana segala keperluan perkembangan cili tidak diberikan secara optimum selain di serang dengan perosak tanaman.

Sunnatullah dan syariatullah perlu dipahami

Situasi yang di nyatakan di atas merupakan contoh sekularisma memisahkan kehidupan daripada agama yang mungkin dilakukan segelintir orang. Sunnatullah atau ketetapan Allah tentang tabii alam perlu dipahami oleh setiap individu muslim agar gejala sekularisma tidak hanya dipandang seperti pemikiran yang memisahkan agama dari kehidupan. Syaritullah yang menjadi undang-undang kehidupan manusia perlu di amalkan secara holistik olah umat islam agar keharmonian kehidupan manusia dapat dikecapi. Hubung jalin antara sunnatullah dan syriatullah merupakan satu formula yang cukup ampuh untuk melonjak islam kemercunya bukan hanya sekadar berbangga dengan mengatakan dulu 2/3 dunia, islam yang punya.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

What is common among people outside the scientific fields (business, art, etc) is that they have this understanding that scientific knowledge today is the completer truth. They think that what is written in science text book is a 100% real fact and it cannot be wrong. This way of thinking is of course not true at all.

Scientific people know that science is filled with doubt, mystery and question. There is more that we don’t know, that what we can’t answer then those that we can answer and know about. Even those that we can answer we can’t say that our answer is the 100% truth.

Scientific fact, theory or concepts are merely guesses of what we think is happening. Then again of course we don’t write our guesses in scientific publication. We change the word to theory, hypothesis or inference, usually making guesses are the second step in scientific methodology after making observation.

Onwards after a scientist make a guess (read theory), he himself or other scientist will test that theory in experiment, if the outcome of the experiment is consistent with the theory. Than the theory well gain acceptance from some of the scientific body. As time progress and more test are done to the theory and each time the outcome with the theory, it then will become a law of science (law of momentum, law of energy conservation, etc)

But even these laws are not 100% true, most of laws have limitation in which condition it works. The law Newton for example is not true we entering the realms of nano or close to speed of light. The law will crumble and will not give true result. Finding where and how this law are broken are actually the biggest pursue in science.
Yes we scientist want to brake our law, we want to show that existent scientific fact are wrong, and those whom succeed showing this will win a noble prize. The winner of the 2008, Yoichiro Nambu and the gang receive Nobel prize because their work show that one of the most profound and fundamental law which is call parity are not true.

So if even we scientist does not accept the scientific knowledge are 100% true and we pursue to show it is not true then why people outside the scientific body should thought that scientific fact are completely true?

The purpose I wrote this is to show that scientific knowledge is not the truth, not the complete truth and it should not be the thing we hold our life onto. So many people put their life and hope on medicine, pharmacy and other science related fields, believing this is the modern miracle. Worse are those people whom put science are their religion, replacing god with scientific knowledge. Putting believes and hope to science is like putting it on a stranger, it can turn back on you anytime.

Please stop making science as your religion.

Assalamualaikum, pe nak tulis ek?huhu..aku x byk membace,x tau nak tulis ape..Tapi sebab aku da janji nak jadi penulis blog nie, akan ku sahut cabaran! Tapi wat mase nie aku rase aku x leh lg hasilkan satu penulisan yg baik. Cuma untuk x mengecewakan korang yg da bace 3 baris ayat aku yg tunggang langgang nie akan ku ceritakan sesuatu yg menarik. aku nie seorang insan yang duduk dan menuntut di UKM dan UO kolej kediaman aku. Untuk ke bilik aku yg besepah tue memerlukan korang melalui satu kaki lima yg berjarak 50 meter. Tetapi bukan orang jer yg lalu je kat situ, macam-macam makluk Allah yang laen menggunakan perkhidmatan kaki lima itu, salah satu makluk itu ialah siput. Da beratus2 kali aku lalu kaki lima tue tapi dua jenis siput jer aku jumpa, satu ialah siput hidup dan satu lagi siput mati dengan sadis(berkecai mayatnya,ish2..) dipijak homosepian. Tetapi satu hari tika aku lalu kat kaki lima tue, tedetik hati aku bila aku lihat satu siput betina,"sabar tul siput nie,ayu betul,huahua". Otak aku mula ligat berfikir,"kalau la aku bleh tanye siput tue, ko x rase ke ko nie lembab?".aku cuba cari jawapan paling best bagi siput tue, aku cuba bayangkan aku jadik kecik macam siput tue...mmm...zzzz...haaa! aku rase jawapan paling sesuai ialah die akan jawab:"mana ade, nak goda i la tue",hua2. Cube korang pk waktu korang normal cam sekarang berlari seratus meter dengan apabila dikecilkan dengan lampu suluh doraemon, korang x RASE ke kelajuan korang tetap same ke? Tapi hakikatnye beza kelajuannya jauh berbeza! 100meter yang si kerdil anggap sebenarnya 1 meter je, macamana dengan masa?, jika nak disesuaikan masa untuk si kerdil sepatutnya lebih lambat. Kita beralih pula kepada scene lain, satu kapal terbang gagah berterbangan diatas langit, kite tgk kapal terbang tue bergerak sangat lambat dan kecil. Tapi cuba korang tanye org naek kapal terbang tue, jawapanya semestinya sangat cepat dan besar. Jika korang bandingkan dengan fenomena siput tadi, korang x rase ke sifat kedua2 fenomena ini sangat2 sama! Maka ternukillah satu kemushkilan, adakah sesuatu yang jauh itu hakikatnya menjadi kecil?adakah masa diruang jauh lebih lambat?semua nie relativiti punya hal! ok pk2 kan la... Luahan hati yang seterusnya bertajuk pembentukan ruang berasaskan relativiti. Ini bukan teori, ini idea aku yg hensem,hua2,so mari sama2 kita bincangkan..

Pebende Lobang Hitam tu?

Lubang Hitam tu merupakan satu kawasan di mana terdapat graviti yang sangat kuat sehingga sebarang cahaya yang cuba melepaskan diri disedut kembali. Oleh kerana tiada yang mampu bergerak selaju cahaya, kesemua yang lain akan turut sama disedut. Jatuh ke dalam Lubang Hitam umpama jatuh ke Air Terjun Niagara; ‘tak dapek nak nulun dah…’



Gane kejadian Lobang Hitam tu?

Lubang Hitam terbentuk apabila bintang-bintang yang telah habis menggunakan semua bahan bakarnya

menyebabkannya meletup seperti Bom Hidrogen yang dikenali sebagai Supernova. Letupan tersebut mengakibatkan lapisan luar bintang mengembang dalam bentuk gas sambil memampatkan kawasan pusatnya. J

ika bintang tersebut bersaiz beberapa kali ganda dari Matahari kita, Lubang Hitam akan terbentuk. Analoginya begini; ‘umpama korang sumbat kete, rumah, katil, almari, baldi, kucing dan lain-lain dalam botol jem kat dapur tu….’

Nak tengok Lobang Hitam tu leh?

Jawapannya ‘takleh la!!!…’. Ini kerana mata kita perlukan cahaya untuk melihat sesuatu tapi disebabkan Lubang Hitam menyedut kesemua cahaya membuatkan kita lansung tidak dapat melihat dengan kaedah

biasa.Umpama kita mencari kucing hitam dalam malam yang gelap gelita. Jadi cara nak kesan Lubang Hitam adalah dengan memerhatikan keadaan di mana terdapat tarikan graviti berbentuk spiral yang di pusatnya tiada apa-apa maka diandaikan di situ terdapat Lubang Hitam.

Kalu masuk lam Lobang Hitam gane?

Umum berpendapat Lubang Hitam merupakan Penjara Abadi di mana tiada harapan lagi untuk melepaskan diri dan hilang selama-lamanya. Tetapi sebenarnya tanggapan tersebut tidak tepat sepenuhnya. Sebaliknya Lubang Hitam mengalami ‘kebocoran’ yang lambat dalam bentuk Hawking Radiation. Kebocoran ini mengakibatkan Lubang Hitam meruap selama berbilion tahun sehingga hilang. Oleh itu, setiap yang disedut ke dalam Lubang Hitam tidak akan hilang secara abadi, sebaliknya hilang dalam tempoh yang sangat panjang. Jadi semua ‘banduan’ Lubang

Hitam tidak akan hilang tetapi ‘dikitar semula’ menjadi tenaga dan zarah. Jika ingin mengembalikan banduan tersebut kepada keadaan asal, tenaga dan zarah tadi perlulah disusun dengan aturan tertentu supaya menjadi sesuatu yang lain. Umpama pasu pecah berkecai, serpihannya perlu diproses semula




Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Al-Ruum: 40)


Assalamualaikum,

Melihat langit di atas kita mengagumi sungguh indah bulan dan bintang. Setiap satu perhiasaan langit ini mempunyai fungsi tertentu kepada kehidupan makhluk di muka bumi. Bulan dijadikan sebagai penetap tarikh suatu masa dahulu manakala bintang dijadikan penunjuk jalan di malam yang gelap gelita.

Namun seindah langit bumbung bumi ini, ia tidak terkecuali daripada pencemaran akibat dengki dan kerakusan manusia. Bintang semaking hilang satu persatu akibat pencemaran cahaya dan mengumpulan debu di langit. Bulan kadang kala kelihatan berwarna, oren, biru mahupun hijau.

Pada malam semalam, di bawah langit bandar baru bangi, bulan yang selalu kelihatan putih mutiara bertukar menjadi kuning-keperangan.

Fenomena bulan kelihata berwarna oren disebabkan dua faktor, faktor pertama kerana pembiasan cahaya oleh atmosfear manakala faktor kedua adalah disebabkan pengumpulan debu di udara.

Kedudukan bulan berdekatan dengan kaki langit (horizon) menyebabkan cahaya dari matahari perlu melalui atmosfear bumi dahulu sebelum melalui bulan. Cahaya yang sama kemudiannya akan dipantulkan ke bumi dan melalui atmosfear bumi sekali lagi. Perjalan cahaya melalui banyak ketebalan udara di dalam atmosfere menyebabkan cahaya kebiruan terbias dan meninggalkan cahaya kekuningan. Oleh itu hanya cahaya kekuningan sahaja yang sampai kepada mata manusia. Disebabkan ini jugalah matahari terbenam kelihatan kuning.

Namun faktor ini hanya berlaku apabila bulan berada dekat dengan ufuk langit, bulan seharusnya kelihatan putih kembali apabila berada tegak di atas kepala. Jika bulan masih kelihat kuning, maka kemungkinan besar kerana pencemaran udara.


Pengumpulan debu di langit akan menyebabkan cahaya kebiruan dibiaskan dan meninggalkan cahaya kekuningan. Oleh itu bulan masih kelihata kekuningan walaupun sudah jauh dari ufuk

Ini semua menunjukkan betapa rakusnya manusia demi kesenangan di dunia. Sehinggakan langit turut dicemari.





"Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)."
Al-Anbiyaa' ayat 33

Ayat diatas menjelaskan bagaimana matahari dan bulan beredar di atas paksinya menghasilkan malam dan siang. Mengikut teori sains pergerakkan ini disebabkan oleh daya graviti.

Kebanyakkan kita sedia maklum tentang kisah bagaimana Sir Issac Newton mendapat ilham mengenai graviti. Apabila sebiji apel jatuh di atas kepalanya. Daipada idea inilah dan diinsipirasikan oleh pergerakkan bulan matahari, Newton menerbitkan Principia pada tahun 1687. Boleh dikatakan daripada penerbitan Principia inilah fizik moden mula berkembang, yang diasaskan oleh mekanik newton.


Di dalam penerbitan ini jugalah teori graviti newton diterbitkan. Idea newton ini dibuktikkan betul apabila dapat memberikan aturcara pergerakkan planet-planet di dalam cakerawala ini secara tepat. Kesemua planet kecuali merkuri,
pergerakkan merkuri hanya dapat dijelaskan menggunakan teori Einstein, Relativiti Am.

(Formula Graviti Newton)

Namun, setelah beratus-ratus tahun ahli fizik menggunakan persamaan graviti, samada graviti newton atau einstien, sebenarnya ahli fizik masih tidak tahu apakah itu sebenarnya graviti. Graviti masih hanya seperti satu manifestasi matematik yang tidak dapat ditunjukkan seadanya tanpa melihat interaksinya dengan objek lain.

Ini kerana zarah yang membawa daya graviti itu masih belum dijumpai. Kesemua daya di dalam dunia ini (daya geseran, daya bunyi, daya magnet dll) berasal daripada 4 daya asas iaitu daya elektromagnet, daya nuklear lemah, daya nuklear kuat dan secara teorinya daya graviti.

Daya elektromagnet dibawa oleh zarah photon (cahaya), daya nuklear lemah dibawa oleh zarah W dan Z manakala daya nuklear kuat oleh gluons. Kesemua-semua zarah ini, photon, W, Z dan gluons telah dijumpai dan berjaya dibuktikkan kewujudannya. Oleh teorinya sahih di dalam limitasi tertentu.

Namun sehingga sekaranga, daya graviti yang secara teorinya dibawa oleh zarah graviton belum dijumpai. Kegagalan ini kerana teorinya graviti masih belum lengkap, atau di dalam istilah fizik teori graviti masih belum dikuantakan. Oleh itu ahli fizik masih tidak paham dan tidak tahu dengan mendalam mengenai graviti. Apakah sebenarnya itu gravti, ahli fizik tidak mengetahui.

Oleh itu bagi ahli fizik, melihat air pasang dan surut, pertukaran malam dan siang dan pergerakkan bulan yang terhasil daripada daya graviti bukanlah suatu perkara yang kosong dan tiada makna. Kesemua ini menunjukkan betapa kecil manusi, limitasi manusia.

Beratus-ratus tahun ahli fizik moden bermain dengan persamaan graviti untuk menghasilkan teknologi, tetapi persoalan asas apakah itu sebenarnya graviti masih belum dapat dijawab.

Apakah itu graviti? Wallahualam, Allah s.w.t. sahaja tahu. Manusia masih belum dikurniakan pengetahuan yang lengkap mengenainya. Ilmu manusia itu sebenarnya sangat kecil, setitis di dalam lautan ilmu Allah s.w.t.



life in technicolor

About this blog

Insya'Allah

Blog ini cuba untuk membawa artikel-artikel yang bersifat saintifik dan mempunyai kaitan langsung dengan Islam. Menggariskan persamaan-persamaan di antara penemuan-penemuan sains kepada isi-isi yang terdapat di dalam Islam. Tumpuan artikel ini ditulis untuk bacaan umum dan akan cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami.

Blog ini juga cuba untuk merungkai mengenai ideologi dan pengalam-pengalam peribadi penulis, agar dapat dijadikan renungan dan pengajaran kepada semua.

Alhamdulilah.

Chat Space


ShoutMix chat widget

Followers