Islam, Insan dan Physics

Perbincangan mengenai islam, insan dan fizik. A discussion about Islam, Human and Phyiscs

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
dan solawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta para sahabatnya..

Sabda Nabi SAW :

"Tidak ada tiga orang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)" (Riwayat Imam Ahmad).

Kelebihan Solat Berjamaah Dari Pandangan professor seorang bukan Islam di Amerika Syarikat tentang mengapa Islam terlalu menitik beratkan solat Jemaah diceritakan melalui kajiannya dari sudut pandangan fizik.

Tubuh manusia terdiri daripada cas +ve dan -ve. Seharian manusia bergerak di atas muka bumi ini (bertani, berjalan mencari rezeki di hutan/laut/darat, bertemu sua, hubungan sosial, perubahan emosi dll.) mengakibatkan cas-cas dalam tubuh kita ini menjadi tidak seimbang disebabkan pergerakan electron-electron (cas-cas) keluar masuk dalam tubuh manusia.

Ketidakseimbangan cas-cas ini menyebabkan keseimbangan tubuh badan dari segi fizikal, mental, emosi juga akan terganggu. Cas-cas ini perlu diseimbangkan bagi mengembalikan kesegaran/kecergasan/keseimbangan fizikal, mental, emosi manusia.

Kajian menunjukkan dengan bilangan rakaat dalam solat fardu lima waktu secara berjemaah dapat menyelesaikan masalah ini. ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat)

Semasa kita melakukan solat berjemaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jemaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jemaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Pada ketika ini proses untuk menyeimbangkan kembali cas-cas dalam tubuh manusia berlaku.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berehat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjemaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjemaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.

Oleh sebab itu solat Zohor (berjemaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi. Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjemaah) sebanyak empat rakaat.

Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukkan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjemaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya’ mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud.

Amalan solat malam ini menjadi kewajipan bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangkan di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya’ (berjemaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.

Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam. Subahanallah

PERINTAH WAJIB

Sebab itulah mengapa Islam sungguh menitik berat solat fardu secara berjemaah sehingga terdapat dikalangan ulama' meletakkan hukumnya WAJIB bagi seorang lelaki bersolat fardu secara berjemaah. bersandarkan pada firman Allah dan sabda Nabi SAW. :

Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para munafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjemaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

“Dan dirikanlah sholat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’ (dalam keadaan berjemaah).” (Al Baqoroh: 43). Perhatikanlah wahai saudaraku, konteks kalimat dalam ayat ini adalah perintah, dan hukum asal perintah adalah wajib. Rasulullah telah bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku yang ada di tangan-Nya, ingin kiranya aku memerintahkan orang-orang untuk mengumpulkan kayu bakar, kemudian aku perintahkan mereka untuk menegakkan solat yang telah dikumandangkan adzannya, lalu aku memerintahkan salah seorang untuk menjadi imam, lalu aku menuju orang-orang yang tidak mengikuti solat jemaah, kemudian aku bakar rumah-rumah mereka.” (HR. al-Bukhari)

Hadis di atas menunjukkan wajibnya (fardhu ain) solat berjemaah, kerana jika sekadar sunnah nescaya beliau tidak sampai mengancam orang yang meninggalkannya dengan membakar rumah. Rasulullah tidak mungkin menjatuhkan hukuman semacam ini pada orang yang meninggalkan fardhu kifayah, kerana sudah ada orang yang melaksanakannya. (Fathul Bari karya Ibnu Hajar Al Asqolani)

0 comments:

Post a Comment

life in technicolor

About this blog

Insya'Allah

Blog ini cuba untuk membawa artikel-artikel yang bersifat saintifik dan mempunyai kaitan langsung dengan Islam. Menggariskan persamaan-persamaan di antara penemuan-penemuan sains kepada isi-isi yang terdapat di dalam Islam. Tumpuan artikel ini ditulis untuk bacaan umum dan akan cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami.

Blog ini juga cuba untuk merungkai mengenai ideologi dan pengalam-pengalam peribadi penulis, agar dapat dijadikan renungan dan pengajaran kepada semua.

Alhamdulilah.

Chat Space


ShoutMix chat widget

Followers