Islam, Insan dan Physics

Perbincangan mengenai islam, insan dan fizik. A discussion about Islam, Human and Phyiscs


Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali, penulis ingin memohon maaf kerana sudah tidak lama meng-update penulisan di dalam blog ini. Ini kerana kesemua penulis-penulis bagi blog ini sekarang sedang sibuk dengan urusan di universiti. Diri penulis ini sendiri terus menerus terlibat dengan pelbagai kerja-kerja pesatuan. Oleh itu penulis memohon maaf

Artikel kali ini tidak dicadangkan untuk ditulis dengan pajang tetapi hanya mahu memberi beberapa santapan untuk kita renung bersama. Santapan yang ringkas dan mudah dicerna oleh pembaca.

Penulis pasti bahawa setiap pembaca mempunyai cabaran dan tekanan hidup yang dihadapi oleh diri masing-masing. Cabaran yang unik kepada setiap insan itu sendiri. Sering kali apabila cabaran sebegini melanda, menjadi lumrah manusia untuk merasa lemah dan hampa. Ada juga apabila cabaran itu kelihatan terlalu besar kita mengambil keputusan untuk berputus asa.

Bagi yang lemah, putus asa bermaksud bunuh diri

Namun, penulis ingin berkongsi, bahawa walaupun manusia adalah sebaik-baik kejadian, tetapi ada perkara yang lebih besar daripada kita.
Adakah masalah yang kita hadapi itu lebih besar daripada masalah mengurus urusan langit dan bumi?

Adakah masalah kita lebih besar daripada mengurus kejadian alam seperti bintang dan supernova?

Kejadia seperti supernova, nebula dan black hole bukan terjadi dlm beberapa tahun. Bahkan mengambil masa berbillion tahun.

Dan siapakah yang menguruskan semua ini?
Allah s.w.t lah yang menguruskan semua ini tanpa letih dan silap.

Oleh itu sebesar mana masalah yang kita hadapi, kembali lah kepada Allah s.w.t. mengadu paduNya

Insya'Allah saya mengakhiri post ini dengan ayat ke-57 Surah Ghafir

‎"Sunguh, pada penciptaan langit dan bumi itu lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui"

Insya'Allah kita smua perlu banyak melihat kejadian ciptaan tuhan.

life in technicolor

About this blog

Insya'Allah

Blog ini cuba untuk membawa artikel-artikel yang bersifat saintifik dan mempunyai kaitan langsung dengan Islam. Menggariskan persamaan-persamaan di antara penemuan-penemuan sains kepada isi-isi yang terdapat di dalam Islam. Tumpuan artikel ini ditulis untuk bacaan umum dan akan cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami.

Blog ini juga cuba untuk merungkai mengenai ideologi dan pengalam-pengalam peribadi penulis, agar dapat dijadikan renungan dan pengajaran kepada semua.

Alhamdulilah.

Chat Space


ShoutMix chat widget

Followers