Islam, Insan dan Physics

Perbincangan mengenai islam, insan dan fizik. A discussion about Islam, Human and Phyiscs


Assalamualaikum W.b.t


Segala puujian bagi Allah s.w.t. yang maha pemurah lagi maha penyayang. Semoga Allah s.w.t. memberikan rahmnya keseluruh umat manusia dan memenangkan pejuang-pejuang islam.


Beberapa hari lepas, apabila saya sedang membaca surah At-Takwir (surah ke-81). Ayat pertama surah tersebut bermaksud


“Apabila matahari digulung” ( At-Takwir, ayat-1)


Ayat berkenaan dengan jelas mengilustrasikan kedasyhatan hari kiamat yang sangat menggerunkan. Allah s.w.t. yang maha berkuasa sudah tentu dapat melakukannya dengan sangat mudah.


Tentu Ulama' dan Ustaz dapat menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut, namun saya sebagai ahli fizik ingin mengutarakan bahawa konsep menggulung ini mempunyai persamaan dengan konsep fizik. Konsep yang agak tinggi juga dan sangat jarang diajar kepada pelajar luar jurusan fizik tulen.


Konsep fizik ini menyatakan bahawa suatu objek tanpa mengira saiz dan berat dapat digulung sepertimana sehelai kertas boleh digulung menjadi silinder. Penyataan ini bukanlah satu penyataan sastera atau perumpamaan, tetapi satu proses yang terjadi di alam nyata secara fizikal.


Penjelasan konsep fizik ini perlu dimulakan dengan kita memahami bahawa semua objek berada dalam ruang. Dalam fizik, ruang seharian yang manusia hidup di dalamnya diistilahkan sebagai ruang 3+1 dimensi. Untuk mengekalkan artikel ini ringkas saya tidak menjelaskan kenapa ada +1 dimensi sedangkan kebiasaanya ruang kita hanya diistilahkan sebagai 3 dimensi.


Mari berimiginasi sebentar, jika saya meletakkan satu benang diatas tanah secara lurus dan meminta anda hanya bergerak diatas benang. Maka anda hanya boleh bergerak kedepan atau kebelakang, tidak boleh ke kiri, kanan, atas atau pun bawah. Apa kata saya mengubah benang tersebut dalam bentuk bulat, pergerakkan anda bukan lagi lurus tetapi dalam bentuk bulatan. Namun anda masih hanya boleh bergerak kedepan dan kebelakang, tidak boleh ke kiri, kanan, atas dan bawah. Oleh itu tidak kira bagaimana bentuk benang itu diubah, pergerakkan anda tetap hanya boleh kebelakang atau kedepan. Maka pergerakkan anda berada dalam apa yang disitilahkan sebagai ruang 1 dimesi.


Menggubah bentuk benang itu sebenarnya adalah mengubah bentuk ruang pergerakkan anda, daripada ruang yang berbentuk lurus kepada ruang berbentuk bulatan. Perubahan sebegini dapat dilakukan terhadap sebarang ruang tanpa mengira bilangan dimensi. Manakala objek-objek di dalam ruang tersebut perlu sahaja mengikut perubahan tersebut secara rela atau terpaksa. Oleh itu jika ruang yang matahari berada di dalamnya digulung, maka matahari juga akan tergulung.


Gambar rajah ini menunjukkan ruang yang dilalui cahaya itu telah dilengkungkan disebabkan oleh daya graviti bintang. Kerana ruang itu sudah bengkok, cahaya juga perlu bengkok.

Apakah konsep fizik ini sudah dibuktikan, Ya, konsep ini telah dibuktikan dan berlaku di dalam alam nyata. Konsep ini pertama kali diilhamkan oleh Einstein dalam teorin kerelifan amnya yang mahsyur dan sudah dibuktikan berulang kali. Untuk pembaca yang berminat dengan pembuktian teori ini, sila google tajuk-tajuk seperti gravitational lensing, black hole singularity, dan Einstein ring.


Jika terdapat pertanyaan sila e-mail kepada doliquest@gmail.com


Alhamdulilah, dan terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

life in technicolor

About this blog

Insya'Allah

Blog ini cuba untuk membawa artikel-artikel yang bersifat saintifik dan mempunyai kaitan langsung dengan Islam. Menggariskan persamaan-persamaan di antara penemuan-penemuan sains kepada isi-isi yang terdapat di dalam Islam. Tumpuan artikel ini ditulis untuk bacaan umum dan akan cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami.

Blog ini juga cuba untuk merungkai mengenai ideologi dan pengalam-pengalam peribadi penulis, agar dapat dijadikan renungan dan pengajaran kepada semua.

Alhamdulilah.

Chat Space


ShoutMix chat widget

Followers