Islam, Insan dan Physics

Perbincangan mengenai islam, insan dan fizik. A discussion about Islam, Human and Phyiscs

Assalamualaikum w.b.t.


Insya'Allah, semoga para pembaca sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t. Sedarlah jua bahawa setiap detik yang lalui hanyalah membawa kita lebih dekat kepada kematian.

Para ulama sering mengingatkan kita bahawa sesuatu ilmu itu berguna jika ilmu berkenaan dapat membawa kita lebih dekat kepada pencipta kita yang esa, Allah s.w.t. Ilmu itu mengajar kita untuk lebih rendah diri dan sedar akan betapa kecilnya kita dihadapan kekusaanNya. Untuk melihat dan meniliti kebesaraann kejadian yang diciptakanNya

Oleh itu, Insya'Allah jika seseorang itu benar-benar faham mengenai intisari sains fizik, dia akan menemui ilmu berkenaan mengajar kita bahawa lebih banyak yang kita tidak tahu-mengetahui daripada apa yang kita sudah tahu. Lihatlah, seperti teori graviti yang telah cuba dibangunkan sejak zaman Newton lagi, namun sehingga kini masih belum difahami sepenunhnya.


Maka benarlah hadith bahawa bandingan ilmu manusia disisi ilmu Allah s.w.t. bagaikan setitis air di dalam lautan.Serta ingatlah jua bahawa dalam ayat ke-2 terakhir surah Al-Kahffi, Allah S.W.T. berfirman;

" Katakanlah (Muhammad); "Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).""
Menjadi kelaziman bagi manusia di dalam mempelajari suatu ilmu baru, dia akan cuba membayangkan di dalam fikirannya berkenaan ilmu tersebut. Seperti seorang pelajar sekolah yang mula mempelajari momentum akan membayangkan dua bola saling berlanggar antara satu sama lain. Proses berimiginasi seperti ini membantu dia untuk lebih faham tentang konsep-konsep sains yang baru dipelajarinya.

Namun apabila, seseorang itu bergerak dari peringkat sains fizik sekolah kepada sains fizik yang lebih tinggi. Hampir kesemua konsep baru yang akan dipelajari olehnya tidak dapat dibayangkan bahkan kita tidak tahu bagaimana untuk beriminigasi mengenainya. Bahkan jika dia tetep berimiginasi mengenai sesuatu konsep fizik yang baru menggunakan logik alam nyata, imiginasinya hanya akan membawa kepada konsep yang salah.

Sebagai contoh, konsep particle-wave duality yang menerangkan bahawa zarah seperti elektron boleh terjadi sebagai gelombang dan zarah secara serentak. Manusia sukar untuk membayangkan konsep sebegini secara prisis di dalam mindanya kerana dia tidak pernah mengalaminya. Jika konsep ini terjadi kepada manusia, maka seseorang masih boleh melakukan semua objek seperti biasa tetapi pada masa yang sama dirinya akan tersebar seperti gelombang dan mengalami fenomena gelombang seperti superposisi dan belaun. Oleh itu bagaimana seseorang manusia itu boleh makan dan minum dan pada masa yang sama kehadirannya tersebar keseluruh arah.

Apabila kita pergi lebih dalam kepada teori fizik kita akan jumpa lebih banyak perkara seperti ini. Konsep multiple dimensi contohnya, tiada manusia dapat membayangkan satu dunia yang mempunyai lebih dari tiga dimensi. Sedangkan teori fizik seperti M-theory menggunakan hingga 12 dimensi. Perkara ini terus berlakiu di dalam
konsep Kuantum Mekanik, teori Laser modern, teori Zarah dan teori semikonduktor modern. Boleh dikatakan hampir semua di dalam cabang-cabang ilmu fizik berkenaan sukar untuk dibayangkan.

Perkara ini jugalah yang sering dihadapi oleh mahasiswa-mahasiswa yang cuba untuk mendalami ilmu fizik moden. Apabila mereka mempelajari ilmu-ilmu seperti teori elektromagnetic modern, kuantum mekanik, fizik tenaga tinggi dan sebagainya. Mereka masih menggunakan logik dunia nyata (atau diistilahkan oleh ahli fizik sebagai mekanik klasik) untuk memahami konsep baru. Sudah tentu dengan cara ini, mereka hanya bertamabah keliru.

Mempelajari ilmu-ilmu fizik modern memerlukan seseorang itu untuk memutuskan dirinya dengan logik alam biasa, kepada suatu logik baru. Zarah yang mengikut hukum kuantum mekanik tidak akan bergerak seperti kereta dan manusia bergerak, tetapi ia bergerak dengan caranya yang tersendiri. Begitu juga dengan konsep spin tidak bermaksud zarah itu berpusing seperti mana bola akan berpusing. Konsep-konsep yang hanya boleh diterangkan secara tepat menggunakan bahasa matematik moden.

Ini semua menunjukkan betapa terbatasnya pemikiran dan imiginasi manusia, serta memperbayangkan betapa luasnya ilmu Allah s.w.t. Kita manusia tidak perlulah membagakan diri sedangkan kita sendiri tidak dapat berimiginasi pun ilmu yang kita sudah miliki.


0 comments:

Post a Comment

life in technicolor

About this blog

Insya'Allah

Blog ini cuba untuk membawa artikel-artikel yang bersifat saintifik dan mempunyai kaitan langsung dengan Islam. Menggariskan persamaan-persamaan di antara penemuan-penemuan sains kepada isi-isi yang terdapat di dalam Islam. Tumpuan artikel ini ditulis untuk bacaan umum dan akan cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami.

Blog ini juga cuba untuk merungkai mengenai ideologi dan pengalam-pengalam peribadi penulis, agar dapat dijadikan renungan dan pengajaran kepada semua.

Alhamdulilah.

Chat Space


ShoutMix chat widget

Followers