Islam, Insan dan Physics

Perbincangan mengenai islam, insan dan fizik. A discussion about Islam, Human and Phyiscs

Alhamdulillah saya ada mendengar sebuah ceramah di surau As-Sobah B.B.Bangi. Ustaz yang menyampaikan ceramah berkenaaan menerangkan ada 15 jenis musuh syaitan/iblis dan 10 jenis kawan syaitan/iblis. Ini berdasarkan sebuah hadis ketika Rasulluah s.a.w. berjumpa dengan iblis berdekataan dengan surau baginda. 15 musuh syaitan.

15 Jenis Musuh Sayaitan/Iblis adalah:
  1. Rasulluah s.a.w
  2. Iman (ketua) yg adil
  3. Orang kaya yang rendah diri (bersyukur)
  4. Peniaga yang jujur
  5. Orang alim yang khusyuk dalam sembahyang
  6. Mukmin yang sentiasa menasihati
  7. Mukmin yang bersifat rahim, (berperikemanusian)
  8. Orang yang kekal dalam taubatnya
  9. Orang yang sentiasa menghalang dirinya daripada benda yang haram
  10. Orang mukmin yang sntiasa dalam keadaan wuduk
  11. Orang mukmin yang banyak bersedekah
  12. mukmin yang penyayang
  13. mukmin yang berfaedah untuk orang lain
  14. Hafiz yang sentiasa membaca Al-quran
  15. Orang sntiasa sembahyang malam


10 Jenis Shabat kawan/Syaitan
  1. pemimpin yang zalim
  2. kaya yang takbur dan tamak
  3. peniaga yang pengkhianat
  4. kaki botol
  5. pembohong
  6. orang yang riak
  7. orang yang makan harta anak yatim
  8. orang yang permainkan sembahyang
  9. orang yang engan mengluarkan zakat
  10. orang yang hidupnya penuh dengan angan-angan
Wallahualam

Alangkah Indahnya Masyarakat


Alangkah indahnya masyarakat yang bersatu dan tenang mengejerkan kebaikan.
Tidak pula roboh hancur ditarik nafsu.
Itulah berkat solat yang didirikan.

Alangkah indahnya masyarakat yang sabar dan tekun membantu yang lemah.
Tanpa perlu yang diminta, tanpa perlu diajak.
Itulah berkat puasa yang dirasai.

Alangkah indahnya masyarakat yang miskin mendoakan kebahgian kepada si kaya.
Tiada kecurian dan tiada juga kezaliman.
Itulah berkat zakat yang diuruskan.

Alangkah indanya jika ini dapat dirasai oleh seluruh insan di dunia.
Tidak terbatas oleh sempadan dan pemahaman.
Itulah berkat Haji Umrah yang diburui.

Alangkah indahnya jika ini semua bukan hanya mimpi sementara.
Tetapi kekal setelah hembusan nafas terakhir.
Inilah berkat syahadah yang diterima.

Insya'Allah


Assalamualaikum w.b.r.


Sememangnya menjadi kebiasaan diri penulis untuk membincangkan sedikit-sebanyak persamaan yang wujud antara ilmu fizik dan Islam. Namun, penulis ingin menarik akal dan logik pembaca untuk menimbau akan isu yang lebih penting pada masa kini.

Pada masa kini terdapat tiga isu utama yang belegar mengelingi kerajaan kemimpinan najib dan juga isterinya. Bagi kerjaan kepimpinan najib, isu menara warisan 100 tingkat sudah pasti menjejaskan kredibilitnya dan kepercayaan rakyat Malaysia kepadanya. Namun penulis lebih meandangkan isu mengenai cadangan supaya Malaysia membuka lebih banyak pub dan spa bagi menarik pelancong ke tanah air kita ini.


Adakah ini suatu cadangan yang baik?

Apa yang digelarkan oleh Ustaz Zaharuddin sebagai industri nafsu adalah tepat sekali. Apakah kita sebagai rakay biasa ini ingin melihat industri nafsu ini semakin rancak berkembang di tanah air kita, demi untuk meningkatkan pendapatan kasar negara?

Diri penulis tidak sanggup, kerana melihat masyarakat kita yang sedia parah ini. Dengan berlambung tingginya kes-kes pembuangan bayi, sumbang mahram dan dadah, diri penulis tid
ak akan bersetuju dengan cadangan ini.

Ya sememangnya kedatangan pelancong ke tanah air akan menambah KDNK negara. Namun...

Rakyat mesti sedar bahawa, kos menanggung kesan negative adalah lebih tinggi lagi. Sudah menjadi kelaziman apabila spa dan pub dibuka, tempat ini akan menjadi sarang tikus untuk pengedar dadah dan penagihnya. Adakah rakyat bersedia untuk menangungg pertambahan bilangan penagih dadah di negara ini.

Tidak juga lupa dengan penambahan pesakit-pesakit kronik akibat arak. Diri penulis tidak mahu memanjangkan perbincangan kesan arak kepada kesihatan dan moral kendiri kerana sudah pasti dir pembaca sudah lebih memahami.
Kepimpinan najib dan orang yang mencadangkannya (orang yang mencadangkannya adalah orang islam) harus sedar dan mengambil iktibar daripada kebinasaan umat-umat terdahulu. Umat-umat terdahulu seperti kaum Aad, samud, nuh dan Firaun semuanya belaku zalim dan sombong di atas muka bumi ini. Mereka bergelimpangan dengan maksiat, mengetepikan ibadah, dan melupakan syariat Allah s.w.t.

Umat beginikah yang kerajaan mahu lahirkan?

Dimanakah slogan-slogan kerajaan bahawa mereka mahukan modal insan? mereka adalah pembela Islam, mereka adalah pembela bangsa melayu? Jangan kerajaan menipu dan bersandi wara dengan kami rakyat malaysia ini.

Akhir kata dan penutup kata, lihatlah apa yang telah terjadi pada negara-negara sekitar kita. Ada yang dilanda Tsunami, ada yang dilanda gempa bumi, ada yang meletusnya gunung berapi dan ada pula yang berperangn. Ini semua adalah bencana-bencana yanga Allah s.w.t. telah turunkan akibat kesombongan dan maksiat manusia. Adakah kerajaan mahukan semua ini melanda rakyat ini kerana hanya mahu lebih banyak pelancong datang ke Malaysia?

Assalamualaikum w.b.t.


Insya'Allah, semoga para pembaca sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t. Sedarlah jua bahawa setiap detik yang lalui hanyalah membawa kita lebih dekat kepada kematian.

Para ulama sering mengingatkan kita bahawa sesuatu ilmu itu berguna jika ilmu berkenaan dapat membawa kita lebih dekat kepada pencipta kita yang esa, Allah s.w.t. Ilmu itu mengajar kita untuk lebih rendah diri dan sedar akan betapa kecilnya kita dihadapan kekusaanNya. Untuk melihat dan meniliti kebesaraann kejadian yang diciptakanNya

Oleh itu, Insya'Allah jika seseorang itu benar-benar faham mengenai intisari sains fizik, dia akan menemui ilmu berkenaan mengajar kita bahawa lebih banyak yang kita tidak tahu-mengetahui daripada apa yang kita sudah tahu. Lihatlah, seperti teori graviti yang telah cuba dibangunkan sejak zaman Newton lagi, namun sehingga kini masih belum difahami sepenunhnya.


Maka benarlah hadith bahawa bandingan ilmu manusia disisi ilmu Allah s.w.t. bagaikan setitis air di dalam lautan.Serta ingatlah jua bahawa dalam ayat ke-2 terakhir surah Al-Kahffi, Allah S.W.T. berfirman;

" Katakanlah (Muhammad); "Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).""
Menjadi kelaziman bagi manusia di dalam mempelajari suatu ilmu baru, dia akan cuba membayangkan di dalam fikirannya berkenaan ilmu tersebut. Seperti seorang pelajar sekolah yang mula mempelajari momentum akan membayangkan dua bola saling berlanggar antara satu sama lain. Proses berimiginasi seperti ini membantu dia untuk lebih faham tentang konsep-konsep sains yang baru dipelajarinya.

Namun apabila, seseorang itu bergerak dari peringkat sains fizik sekolah kepada sains fizik yang lebih tinggi. Hampir kesemua konsep baru yang akan dipelajari olehnya tidak dapat dibayangkan bahkan kita tidak tahu bagaimana untuk beriminigasi mengenainya. Bahkan jika dia tetep berimiginasi mengenai sesuatu konsep fizik yang baru menggunakan logik alam nyata, imiginasinya hanya akan membawa kepada konsep yang salah.

Sebagai contoh, konsep particle-wave duality yang menerangkan bahawa zarah seperti elektron boleh terjadi sebagai gelombang dan zarah secara serentak. Manusia sukar untuk membayangkan konsep sebegini secara prisis di dalam mindanya kerana dia tidak pernah mengalaminya. Jika konsep ini terjadi kepada manusia, maka seseorang masih boleh melakukan semua objek seperti biasa tetapi pada masa yang sama dirinya akan tersebar seperti gelombang dan mengalami fenomena gelombang seperti superposisi dan belaun. Oleh itu bagaimana seseorang manusia itu boleh makan dan minum dan pada masa yang sama kehadirannya tersebar keseluruh arah.

Apabila kita pergi lebih dalam kepada teori fizik kita akan jumpa lebih banyak perkara seperti ini. Konsep multiple dimensi contohnya, tiada manusia dapat membayangkan satu dunia yang mempunyai lebih dari tiga dimensi. Sedangkan teori fizik seperti M-theory menggunakan hingga 12 dimensi. Perkara ini terus berlakiu di dalam
konsep Kuantum Mekanik, teori Laser modern, teori Zarah dan teori semikonduktor modern. Boleh dikatakan hampir semua di dalam cabang-cabang ilmu fizik berkenaan sukar untuk dibayangkan.

Perkara ini jugalah yang sering dihadapi oleh mahasiswa-mahasiswa yang cuba untuk mendalami ilmu fizik moden. Apabila mereka mempelajari ilmu-ilmu seperti teori elektromagnetic modern, kuantum mekanik, fizik tenaga tinggi dan sebagainya. Mereka masih menggunakan logik dunia nyata (atau diistilahkan oleh ahli fizik sebagai mekanik klasik) untuk memahami konsep baru. Sudah tentu dengan cara ini, mereka hanya bertamabah keliru.

Mempelajari ilmu-ilmu fizik modern memerlukan seseorang itu untuk memutuskan dirinya dengan logik alam biasa, kepada suatu logik baru. Zarah yang mengikut hukum kuantum mekanik tidak akan bergerak seperti kereta dan manusia bergerak, tetapi ia bergerak dengan caranya yang tersendiri. Begitu juga dengan konsep spin tidak bermaksud zarah itu berpusing seperti mana bola akan berpusing. Konsep-konsep yang hanya boleh diterangkan secara tepat menggunakan bahasa matematik moden.

Ini semua menunjukkan betapa terbatasnya pemikiran dan imiginasi manusia, serta memperbayangkan betapa luasnya ilmu Allah s.w.t. Kita manusia tidak perlulah membagakan diri sedangkan kita sendiri tidak dapat berimiginasi pun ilmu yang kita sudah miliki.




Assamulaikum w.b.t.

Ketehauilah manusia bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad S.A.W adalah rasulNYa. Ketahuilah juga bahawa Allah s.w.t. itu suci daripada segala kekuranganan dan tiada memiliki sifat-sifat kejadian yang diciptaNya.

Sudah menjadi kelaziman media massa untuk sering menyalah tafsir fakta atau konsep sains. Mungkin kerana konsep sains itu terlalu kompleks untuk difahami atau hanya untuk mewujudkan hype untuk meruja penontonya. Perkara sama berlaku apabila media masa mengembar-gemburkan istilah "God Particle".
Apa sebenarnya god particle itu?

Sebelum terjun lebih mendalam mengenai "God Particle", kita memahami dahulu apa itu particle dalam dunia fizik. Particle atau zarah merupakan jasad terkecil yang ada di dalam alam ini dan tidak boleh diurai lagi (sesetengah ahli fizik lain menerangkan string merupkaan binaan semesta lebih kecil daripada zarah tetapi, teori ini masih belum kukuh ).

Jika kita mengambil secawan air, maka air itu ak
an terdiri daripada gabungan molekul hidrogen
dan oksigen. Manakala molekul oksigen terdiri daripada gabungan zarah proton, neutron dan elektron. Bagi zarah neutron dan proton, kedua-dua zarah ini terhasil daripada gabungan up quark dan down quark.

Zarah Proton yang terdiri daripada Up Quark dan Down Quark

Oleh itu apa pula yang diistilahkan sebagai "god particle"? Isitilah ini diperkenalkan oleh Nobel Laurette Leo Lederman dalam bukunya "The God Particle: If the Universe Is the Answer, What Is the Question. Namun isitilah ini hanya mahsyur di dalam penulisan bukan saintifik bahkan ditolak oleh kebanyakkan ahli fizik kerana memberi imej yang salah. Bagi ahli fizik, "God Particle" diistilahkan sebagai Higgs Boson.

Teori mengenai Higgs Boson adalah buah fikiran ahli fizik terkenal Peter Higgs (1929) dan merupakan teori yang sangat penting untuk difahami oleh ahli fizik zarah. Walaupun teori ini telah diterima umum namun, zarah Higgs ini masih belum dijumpai dan terbukti secara eksperimental.
Konsep zarah higgs boson ini mudah diterangkan jika bermula dengan memperkenalkan zarah cahaya iaitu photon. Jika kita meneliti zarah photon kita mendapati zarah ini tidak mempunyai jisim, bahakn jisim bagi setiap zarah berbeza-beza. Mungkin bagi orang awam, ini bukan masalah jisim adalah masalah yang trivia namun menjadi satu perkara sangat memeningkan kepala ahli-ahli fizik.

Bagi menjelaskan bagaimana abnormaliti ini berlaku, maka Peter Higghs memperkenalkan Higgs boson. Secara ringkas, mana-mana zarah yang berinteraksi dengan zarah ini akan mempunyai jisim, semakin kuat interaksi semakin tinggi jisim bagi sesuatu zarah itu. Zarah yang tidak berinteraksi dengan zarah ini tidak akan mempunyai jisim seperti Photon.

Oleh kerana didapati bahawa setiap zarah mempunyai jisim yang sama dimana sahaja ia berada dalam keadaan yang sama. Maka jumlah higgs boson ini perlu sama dimana-mana sahaja, dengan kata konsep ini mewajibkan bahawa higgs boson ini sentiasa wujud di setiap ruang di dalam alam semasta ini. Dalam isitilah fiziknya Higgs boson ini mewujudkna "Non-zero expectation value".

Oleh itu adakah God particle atau Higgs boson ini mempunyai kaitan dengan ketuhanan, TIDAK SAMA SEKALI.










Assalamualaikum W.b.t


Segala puujian bagi Allah s.w.t. yang maha pemurah lagi maha penyayang. Semoga Allah s.w.t. memberikan rahmnya keseluruh umat manusia dan memenangkan pejuang-pejuang islam.


Beberapa hari lepas, apabila saya sedang membaca surah At-Takwir (surah ke-81). Ayat pertama surah tersebut bermaksud


“Apabila matahari digulung” ( At-Takwir, ayat-1)


Ayat berkenaan dengan jelas mengilustrasikan kedasyhatan hari kiamat yang sangat menggerunkan. Allah s.w.t. yang maha berkuasa sudah tentu dapat melakukannya dengan sangat mudah.


Tentu Ulama' dan Ustaz dapat menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut, namun saya sebagai ahli fizik ingin mengutarakan bahawa konsep menggulung ini mempunyai persamaan dengan konsep fizik. Konsep yang agak tinggi juga dan sangat jarang diajar kepada pelajar luar jurusan fizik tulen.


Konsep fizik ini menyatakan bahawa suatu objek tanpa mengira saiz dan berat dapat digulung sepertimana sehelai kertas boleh digulung menjadi silinder. Penyataan ini bukanlah satu penyataan sastera atau perumpamaan, tetapi satu proses yang terjadi di alam nyata secara fizikal.


Penjelasan konsep fizik ini perlu dimulakan dengan kita memahami bahawa semua objek berada dalam ruang. Dalam fizik, ruang seharian yang manusia hidup di dalamnya diistilahkan sebagai ruang 3+1 dimensi. Untuk mengekalkan artikel ini ringkas saya tidak menjelaskan kenapa ada +1 dimensi sedangkan kebiasaanya ruang kita hanya diistilahkan sebagai 3 dimensi.


Mari berimiginasi sebentar, jika saya meletakkan satu benang diatas tanah secara lurus dan meminta anda hanya bergerak diatas benang. Maka anda hanya boleh bergerak kedepan atau kebelakang, tidak boleh ke kiri, kanan, atas atau pun bawah. Apa kata saya mengubah benang tersebut dalam bentuk bulat, pergerakkan anda bukan lagi lurus tetapi dalam bentuk bulatan. Namun anda masih hanya boleh bergerak kedepan dan kebelakang, tidak boleh ke kiri, kanan, atas dan bawah. Oleh itu tidak kira bagaimana bentuk benang itu diubah, pergerakkan anda tetap hanya boleh kebelakang atau kedepan. Maka pergerakkan anda berada dalam apa yang disitilahkan sebagai ruang 1 dimesi.


Menggubah bentuk benang itu sebenarnya adalah mengubah bentuk ruang pergerakkan anda, daripada ruang yang berbentuk lurus kepada ruang berbentuk bulatan. Perubahan sebegini dapat dilakukan terhadap sebarang ruang tanpa mengira bilangan dimensi. Manakala objek-objek di dalam ruang tersebut perlu sahaja mengikut perubahan tersebut secara rela atau terpaksa. Oleh itu jika ruang yang matahari berada di dalamnya digulung, maka matahari juga akan tergulung.


Gambar rajah ini menunjukkan ruang yang dilalui cahaya itu telah dilengkungkan disebabkan oleh daya graviti bintang. Kerana ruang itu sudah bengkok, cahaya juga perlu bengkok.

Apakah konsep fizik ini sudah dibuktikan, Ya, konsep ini telah dibuktikan dan berlaku di dalam alam nyata. Konsep ini pertama kali diilhamkan oleh Einstein dalam teorin kerelifan amnya yang mahsyur dan sudah dibuktikan berulang kali. Untuk pembaca yang berminat dengan pembuktian teori ini, sila google tajuk-tajuk seperti gravitational lensing, black hole singularity, dan Einstein ring.


Jika terdapat pertanyaan sila e-mail kepada doliquest@gmail.com


Alhamdulilah, dan terima kasih.

Assalamualaikum W.b.t.

Insya'Allah dalam seharian malayari Facebook, e-mail, dan sebagainya, banyak pejuang-pejuang dakwah yang akan "post" nasihat-nasihat. Dalam bentuk hadis adalah yang paling lazim dan ada juga yang dalam bentuk cerita tauladan. Apa jua pun, Alhamdulilah dan tahniah kerana anda berjaya memberi nasihat.

Dikala dalam memberi nasihat, mungkin ada baiknya jika nasihat itu diberi dalam medium yang pendek dan padat. Kelazimannya, pembaca akan mudah tertarik dengan nasihat yang berbentuk pendek. Kelazimanya juga nasihat dalam bentuk lebih daripada 3-4 perenggan tidak akan dibaca sehingga habis.

Namun apa yang penting bagi saya, adalah untuk memberi nasihat yang realistik dan praktikal. Tidak ada faedahnya jika kita memberi nasihat yang bersifat terlalu drastik atau dengan harapan penerima nasihat itu akan menjadi syumul.

Manusia itu lemah, dijadikan lemah dan bersifat lemah. Oleh itu mungkin lebih anda memberi nasihat apa yang kamu tahu orang itu dapat lakukan daripada memberi nasihat yang sukar untuk dilakukan walaupun betul.

Wallahualam

life in technicolor

About this blog

Insya'Allah

Blog ini cuba untuk membawa artikel-artikel yang bersifat saintifik dan mempunyai kaitan langsung dengan Islam. Menggariskan persamaan-persamaan di antara penemuan-penemuan sains kepada isi-isi yang terdapat di dalam Islam. Tumpuan artikel ini ditulis untuk bacaan umum dan akan cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami.

Blog ini juga cuba untuk merungkai mengenai ideologi dan pengalam-pengalam peribadi penulis, agar dapat dijadikan renungan dan pengajaran kepada semua.

Alhamdulilah.

Chat Space


ShoutMix chat widget

Followers