Assalamualaikum w.b.t.
"Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. "
(Al-Nahl, ayat 12)
Darah manusia yang terdiri daripada hemogoblin memerlukan ferum (besi) untuk menggankut oksigen ke seluruh badan. Manakala tanah yang dipijak dan bercucuk tanam di atasnya mengandungi silikon. Unsur-unsur seperti ferum, silikon dan pelbagai lagi unsur berat sebegini adalah kritikal di dalam kesinambungan kehidupan kita seharian.
Ramai orang tidak tahu bahawa semua unsur kecuali
hidrogen tidak dihasilkan di bumi, bumi kita tidak dapat menghasilkan satu unsur pun. Unsur-unsur ini dihasilkan di dalam teras bintang melalui proses nuklear. Bintang bima sakti kita iaitu matahari dapat menghasilkan unsur-unsur seperti helium, oksigen, karbon dan nitrogen. Namun kesemua unsur yang dihasilkan adalah unsur ringan, unsur-unsur logam seperti aluminum, perak, besi dan merkuri tidak dapat dihasilkan oleh matahari.
Berbanding dengan unsur-unsur ringan yang dapat dihasilkan apabila bintang masih hidup, unsur-unsur berat hanya dapat dihasilkan apabila bintang-bintang raksaksa ini meletup. Bintang-bintang raksaksa adalah jenis-jenis bintang yang sangat besar dan panas. Jika dibangdingkan dengan matahari, maka matahari akan kelihatan sangat kecil dan sejuk. Bintang-bintang sebeginilah yang menghasilkan black hole apabila meletup. Ole
h itu kesemua logam yang ada diatas muka bumi ini adalah hasil daripada letupan bintang dan sebernarnya sebahagian daripada diri manusia berasal daripada bintang.
Menghasilkan satu logam bukanlah satu prose
s yang mudah, bahkan adalah sangat kompleks dengan pelbagai proses nuklear diperlukan. Oleh kesemua ini adalah petunjuk betapa agungnya kekuasaan Allah s.w.t. Tuhan yang menjadikan bintang dan mengawal proses-proses.
Bintang-bintang di atas kita dijadikan sebagai perhiasan langit yang memukau dengan kecantikkannya. Juga menjadi petunjuk kepada orang-orang yang mecari jalan pulang. Serta menghasilkan unusur-unsur berat yang sangat kritikal untuk kehidupan kita. Sekarang apabila mengetahui semua ini, bukankah sepetutnya kita menjadi orang yang bersyukur?
"Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui."
(Al-An'aam, ayat 97)
0 comments:
Post a Comment