Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
dan solawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta para sahabatnya..
Sabda Nabi SAW :
"Tidak ada tiga orang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)" (Riwayat Imam Ahmad).
Kelebihan Solat Berjamaah Dari Pandangan professor seorang bukan Islam di Amerika Syarikat tentang mengapa Islam terlalu menitik beratkan solat Jemaah diceritakan melalui kajiannya dari sudut pandangan fizik.
Tubuh manusia terdiri daripada cas +ve dan -ve. Seharian manusia bergerak di atas muka bumi ini (bertani, berjalan mencari rezeki di hutan/laut/darat, bertemu sua, hubungan sosial, perubahan emosi dll.) mengakibatkan cas-cas dalam tubuh kita ini menjadi tidak seimbang disebabkan pergerakan electron-electron (cas-cas) keluar masuk dalam tubuh manusia.
Ketidakseimbangan cas-cas ini menyebabkan keseimbangan tubuh badan dari segi fizikal, mental, emosi juga akan terganggu. Cas-cas ini perlu diseimbangkan bagi mengembalikan kesegaran/kecergasan/keseimbangan fizikal, mental, emosi manusia.
Kajian menunjukkan dengan bilangan rakaat dalam solat fardu lima waktu secara berjemaah dapat menyelesaikan masalah ini. ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat)
Semasa kita melakukan solat berjemaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jemaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jemaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Pada ketika ini proses untuk menyeimbangkan kembali cas-cas dalam tubuh manusia berlaku.
Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berehat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjemaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.
PERINTAH WAJIB
Sebab itulah mengapa Islam sungguh menitik berat solat fardu secara berjemaah sehingga terdapat dikalangan ulama' meletakkan hukumnya WAJIB bagi seorang lelaki bersolat fardu secara berjemaah. bersandarkan pada firman Allah dan sabda Nabi SAW. :
Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para munafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjemaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)
“Dan dirikanlah sholat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’ (dalam keadaan berjemaah).” (Al Baqoroh: 43). Perhatikanlah wahai saudaraku, konteks kalimat dalam ayat ini adalah perintah, dan hukum asal perintah adalah wajib. Rasulullah telah bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku yang ada di tangan-Nya, ingin kiranya aku memerintahkan orang-orang untuk mengumpulkan kayu bakar, kemudian aku perintahkan mereka untuk menegakkan solat yang telah dikumandangkan adzannya, lalu aku memerintahkan salah seorang untuk menjadi imam, lalu aku menuju orang-orang yang tidak mengikuti solat jemaah, kemudian aku bakar rumah-rumah mereka.” (HR. al-Bukhari)
Hadis di atas menunjukkan wajibnya (fardhu ain) solat berjemaah, kerana jika sekadar sunnah nescaya beliau tidak sampai mengancam orang yang meninggalkannya dengan membakar rumah. Rasulullah tidak mungkin menjatuhkan hukuman semacam ini pada orang yang meninggalkan fardhu kifayah, kerana sudah ada orang yang melaksanakannya. (Fathul Bari karya Ibnu Hajar Al Asqolani)
0 comments:
Post a Comment