Islam, Insan dan Physics

Perbincangan mengenai islam, insan dan fizik. A discussion about Islam, Human and Phyiscs


Assalamualaikukum W.B.T

Pada tahun 1929, seorang ahli Fizik bernama Paul Dirac (pemenang nobel 1933) telah menteorikan kewujdan positron melalui persamaan matematiknya, "persamman dirac". Posiron merupakan zarah yang mempunyai sifat yang sama dengan elektron kecuali bercas positif berbanding elektron bercas negatif. Sifat lainnya seperti jisim dan spin adalah sama.

Kewujudan positron telah dibuktikan di dalam eksperimen Carl David Anderson yang dilakukan pada 1932. Carl David Anderson kemudiannya memenangi hadiah Nobel pada tahun 1936 kerana penemuannya ini.

Positron merupak
an satu contoh zarah daripada satu keluarga zarah yang besar yang dipanggil sebagai anti-zarah ( anti particle). Setiap zarah seperti neutron, proton, quark, muaon dan tau mempunyai pasangan antin-nya. Bagi zarah neutron maka zarah antinya adalah anti-neutron dan jika proton maka antinya adalah anti-proton, sama juaga bagi kesemua zarah lain (Hanya anti-elektron mempunyai nama khas iaitu positron).


(Jejak positron di dalam cloud chamber yang di jumpai oleh Carl David Anderson)

Setiap anti-zarah mempunyai sifat-sifat fizik seperti jisim dan spin yang sama dengan zarah pasangannyan. Kelainannya hanyalah pada cas dimana cas anti-zarah akan berlawanan dengan casa pasangannya. Namun terdapat juga zarah-zarah yang bercas neutrel, maka bagaimana pula cas antinya.

Keadaan sebigini adalah khas untuk zarah berkenaan, sesetangah zarah seperti foton adalah anti bagi dirinya sendiri. Maka anti foton adala foton juga. Namun tidak semua zarah neutrel begitu, seperti zarah K dan anti-K merupakan dua zarah yang berlainan sama sekali. Zarah K dan anti-K hanya dapat dikenal pasti melalui analisis saintifiks yang kompleks.

Bagi orang Islam apa yang menarik disini dapat kita keluarkan daripada dua ayat al-quran,

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya
(Yaasin, Ayat 36)

Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).
(Adz-Dzaariyat, Ayat 49)

Di sini kita dapat dilihat bahawa Allah s.w.t telah menjadikan makhluk-makluknya berpasangan. Apabila dikatakan Allah menjadikan mahluk berpasangan, kita sering terfikir pasangan ini seperti lelaki perempuan, jantan betina, atau matahari bulan. Namun, fenomena berpasangan-pasangan ini sebenarnya lebih jauh dan lebih mendalam.

Pasangan zarah dan antinya adalah satu contoh fenomena makhluk Allah s.w.t. itu dijadikan berpasangan di dalam ilmu sains fizik. Sebernya konsep berpasangan ini lebih luas dan abstrak di dalam fizik apabila kita mengatakan tentang simetri dan sebagainya. Oleh penyataan tentang makhluk itu berpasangan menunjukkan betapa tingginya ilmu yang terkandung di dalam Al-quran. Insya'Allah Hanya menungu diterokai oleh muslim

Penulis tidak mengatakan bahawa tafsir ayat di atas adalah sebegini, kerana penafsiran al-quran memerlukan pengetahuan yang lebih luas dan menadalam yang tidak ada pada di penulis. Hanya ingin mengariskan persamaan yang ada di dalam Al-quran dan juga ilmu fizik bagi kebaikkan bersama, Insya'Allah.

Lihatlah kejadian Allah pada dirimu dan sekeliling mu, dan berfikir, Insya'Allah kamu akan melihat Kekuasaan dan Keangunya, tersentak dengan kekercilan diri.




0 comments:

Post a Comment

life in technicolor

About this blog

Insya'Allah

Blog ini cuba untuk membawa artikel-artikel yang bersifat saintifik dan mempunyai kaitan langsung dengan Islam. Menggariskan persamaan-persamaan di antara penemuan-penemuan sains kepada isi-isi yang terdapat di dalam Islam. Tumpuan artikel ini ditulis untuk bacaan umum dan akan cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami.

Blog ini juga cuba untuk merungkai mengenai ideologi dan pengalam-pengalam peribadi penulis, agar dapat dijadikan renungan dan pengajaran kepada semua.

Alhamdulilah.

Chat Space


ShoutMix chat widget

Followers