15 Jenis Musuh Sayaitan/Iblis adalah:
10 Jenis Shabat kawan/Syaitan
Wallahualam
Alangkah Indahnya Masyarakat
Assalamualaikum w.b.r.
Assalamualaikum w.b.t.
" Katakanlah (Muhammad); "Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).""
Assamulaikum w.b.t.
Ketehauilah manusia bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad S.A.W adalah rasulNYa. Ketahuilah juga bahawa Allah s.w.t. itu suci daripada segala kekuranganan dan tiada memiliki sifat-sifat kejadian yang diciptaNya.
Sudah menjadi kelaziman media massa untuk sering menyalah tafsir fakta atau konsep sains. Mungkin kerana konsep sains itu terlalu kompleks untuk difahami atau hanya untuk mewujudkan hype untuk meruja penontonya. Perkara sama berlaku apabila media masa mengembar-gemburkan istilah "God Particle".
Apa sebenarnya god particle itu?
Sebelum terjun lebih mendalam mengenai "God Particle", kita memahami dahulu apa itu particle dalam dunia fizik. Particle atau zarah merupakan jasad terkecil yang ada di dalam alam ini dan tidak boleh diurai lagi (sesetengah ahli fizik lain menerangkan string merupkaan binaan semesta lebih kecil daripada zarah tetapi, teori ini masih belum kukuh ).
Teori mengenai Higgs Boson adalah buah fikiran ahli fizik terkenal Peter Higgs (1929) dan merupakan teori yang sangat penting untuk difahami oleh ahli fizik zarah. Walaupun teori ini telah diterima umum namun, zarah Higgs ini masih belum dijumpai dan terbukti secara eksperimental.
Konsep zarah higgs boson ini mudah diterangkan jika bermula dengan memperkenalkan zarah cahaya iaitu photon. Jika kita meneliti zarah photon kita mendapati zarah ini tidak mempunyai jisim, bahakn jisim bagi setiap zarah berbeza-beza. Mungkin bagi orang awam, ini bukan masalah jisim adalah masalah yang trivia namun menjadi satu perkara sangat memeningkan kepala ahli-ahli fizik.
Bagi menjelaskan bagaimana abnormaliti ini berlaku, maka Peter Higghs memperkenalkan Higgs boson. Secara ringkas, mana-mana zarah yang berinteraksi dengan zarah ini akan mempunyai jisim, semakin kuat interaksi semakin tinggi jisim bagi sesuatu zarah itu. Zarah yang tidak berinteraksi dengan zarah ini tidak akan mempunyai jisim seperti Photon.
Assalamualaikum W.b.t
Segala puujian bagi Allah s.w.t. yang maha pemurah lagi maha penyayang. Semoga Allah s.w.t. memberikan rahmnya keseluruh umat manusia dan memenangkan pejuang-pejuang islam.
Beberapa hari lepas, apabila saya sedang membaca surah At-Takwir (surah ke-81). Ayat pertama surah tersebut bermaksud
“Apabila matahari digulung” ( At-Takwir, ayat-1)
Ayat berkenaan dengan jelas mengilustrasikan kedasyhatan hari kiamat yang sangat menggerunkan. Allah s.w.t. yang maha berkuasa sudah tentu dapat melakukannya dengan sangat mudah.
Tentu Ulama' dan Ustaz dapat menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut, namun saya sebagai ahli fizik ingin mengutarakan bahawa konsep menggulung ini mempunyai persamaan dengan konsep fizik. Konsep yang agak tinggi juga dan sangat jarang diajar kepada pelajar luar jurusan fizik tulen.
Konsep fizik ini menyatakan bahawa suatu objek tanpa mengira saiz dan berat dapat digulung sepertimana sehelai kertas boleh digulung menjadi silinder. Penyataan ini bukanlah satu penyataan sastera atau perumpamaan, tetapi satu proses yang terjadi di alam nyata secara fizikal.
Penjelasan konsep fizik ini perlu dimulakan dengan kita memahami bahawa semua objek berada dalam ruang. Dalam fizik, ruang seharian yang manusia hidup di dalamnya diistilahkan sebagai ruang 3+1 dimensi. Untuk mengekalkan artikel ini ringkas saya tidak menjelaskan kenapa ada +1 dimensi sedangkan kebiasaanya ruang kita hanya diistilahkan sebagai 3 dimensi.
Mari berimiginasi sebentar, jika saya meletakkan satu benang diatas tanah secara lurus dan meminta anda hanya bergerak diatas benang. Maka anda hanya boleh bergerak kedepan atau kebelakang, tidak boleh ke kiri, kanan, atas atau pun bawah. Apa kata saya mengubah benang tersebut dalam bentuk bulat, pergerakkan anda bukan lagi lurus tetapi dalam bentuk bulatan. Namun anda masih hanya boleh bergerak kedepan dan kebelakang, tidak boleh ke kiri, kanan, atas dan bawah. Oleh itu tidak kira bagaimana bentuk benang itu diubah, pergerakkan anda tetap hanya boleh kebelakang atau kedepan. Maka pergerakkan anda berada dalam apa yang disitilahkan sebagai ruang 1 dimesi.
Menggubah bentuk benang itu sebenarnya adalah mengubah bentuk ruang pergerakkan anda, daripada ruang yang berbentuk lurus kepada ruang berbentuk bulatan. Perubahan sebegini dapat dilakukan terhadap sebarang ruang tanpa mengira bilangan dimensi. Manakala objek-objek di dalam ruang tersebut perlu sahaja mengikut perubahan tersebut secara rela atau terpaksa. Oleh itu jika ruang yang matahari berada di dalamnya digulung, maka matahari juga akan tergulung.
Gambar rajah ini menunjukkan ruang yang dilalui cahaya itu telah dilengkungkan disebabkan oleh daya graviti bintang. Kerana ruang itu sudah bengkok, cahaya juga perlu bengkok.
Apakah konsep fizik ini sudah dibuktikan, Ya, konsep ini telah dibuktikan dan berlaku di dalam alam nyata. Konsep ini pertama kali diilhamkan oleh Einstein dalam teorin kerelifan amnya yang mahsyur dan sudah dibuktikan berulang kali. Untuk pembaca yang berminat dengan pembuktian teori ini, sila google tajuk-tajuk seperti gravitational lensing, black hole singularity, dan Einstein ring.
Jika terdapat pertanyaan sila e-mail kepada doliquest@gmail.com
Alhamdulilah, dan terima kasih.
Assalamualaikum W.b.t.
Insya'Allah dalam seharian malayari Facebook, e-mail, dan sebagainya, banyak pejuang-pejuang dakwah yang akan "post" nasihat-nasihat. Dalam bentuk hadis adalah yang paling lazim dan ada juga yang dalam bentuk cerita tauladan. Apa jua pun, Alhamdulilah dan tahniah kerana anda berjaya memberi nasihat.
Dikala dalam memberi nasihat, mungkin ada baiknya jika nasihat itu diberi dalam medium yang pendek dan padat. Kelazimannya, pembaca akan mudah tertarik dengan nasihat yang berbentuk pendek. Kelazimanya juga nasihat dalam bentuk lebih daripada 3-4 perenggan tidak akan dibaca sehingga habis.
Namun apa yang penting bagi saya, adalah untuk memberi nasihat yang realistik dan praktikal. Tidak ada faedahnya jika kita memberi nasihat yang bersifat terlalu drastik atau dengan harapan penerima nasihat itu akan menjadi syumul.
Manusia itu lemah, dijadikan lemah dan bersifat lemah. Oleh itu mungkin lebih anda memberi nasihat apa yang kamu tahu orang itu dapat lakukan daripada memberi nasihat yang sukar untuk dilakukan walaupun betul.
Wallahualam