Islam, Insan dan Physics

Perbincangan mengenai islam, insan dan fizik. A discussion about Islam, Human and Phyiscs



"Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)."
Al-Anbiyaa' ayat 33

Ayat diatas menjelaskan bagaimana matahari dan bulan beredar di atas paksinya menghasilkan malam dan siang. Mengikut teori sains pergerakkan ini disebabkan oleh daya graviti.

Kebanyakkan kita sedia maklum tentang kisah bagaimana Sir Issac Newton mendapat ilham mengenai graviti. Apabila sebiji apel jatuh di atas kepalanya. Daipada idea inilah dan diinsipirasikan oleh pergerakkan bulan matahari, Newton menerbitkan Principia pada tahun 1687. Boleh dikatakan daripada penerbitan Principia inilah fizik moden mula berkembang, yang diasaskan oleh mekanik newton.


Di dalam penerbitan ini jugalah teori graviti newton diterbitkan. Idea newton ini dibuktikkan betul apabila dapat memberikan aturcara pergerakkan planet-planet di dalam cakerawala ini secara tepat. Kesemua planet kecuali merkuri,
pergerakkan merkuri hanya dapat dijelaskan menggunakan teori Einstein, Relativiti Am.

(Formula Graviti Newton)

Namun, setelah beratus-ratus tahun ahli fizik menggunakan persamaan graviti, samada graviti newton atau einstien, sebenarnya ahli fizik masih tidak tahu apakah itu sebenarnya graviti. Graviti masih hanya seperti satu manifestasi matematik yang tidak dapat ditunjukkan seadanya tanpa melihat interaksinya dengan objek lain.

Ini kerana zarah yang membawa daya graviti itu masih belum dijumpai. Kesemua daya di dalam dunia ini (daya geseran, daya bunyi, daya magnet dll) berasal daripada 4 daya asas iaitu daya elektromagnet, daya nuklear lemah, daya nuklear kuat dan secara teorinya daya graviti.

Daya elektromagnet dibawa oleh zarah photon (cahaya), daya nuklear lemah dibawa oleh zarah W dan Z manakala daya nuklear kuat oleh gluons. Kesemua-semua zarah ini, photon, W, Z dan gluons telah dijumpai dan berjaya dibuktikkan kewujudannya. Oleh teorinya sahih di dalam limitasi tertentu.

Namun sehingga sekaranga, daya graviti yang secara teorinya dibawa oleh zarah graviton belum dijumpai. Kegagalan ini kerana teorinya graviti masih belum lengkap, atau di dalam istilah fizik teori graviti masih belum dikuantakan. Oleh itu ahli fizik masih tidak paham dan tidak tahu dengan mendalam mengenai graviti. Apakah sebenarnya itu gravti, ahli fizik tidak mengetahui.

Oleh itu bagi ahli fizik, melihat air pasang dan surut, pertukaran malam dan siang dan pergerakkan bulan yang terhasil daripada daya graviti bukanlah suatu perkara yang kosong dan tiada makna. Kesemua ini menunjukkan betapa kecil manusi, limitasi manusia.

Beratus-ratus tahun ahli fizik moden bermain dengan persamaan graviti untuk menghasilkan teknologi, tetapi persoalan asas apakah itu sebenarnya graviti masih belum dapat dijawab.

Apakah itu graviti? Wallahualam, Allah s.w.t. sahaja tahu. Manusia masih belum dikurniakan pengetahuan yang lengkap mengenainya. Ilmu manusia itu sebenarnya sangat kecil, setitis di dalam lautan ilmu Allah s.w.t.



2 comments:

Betape kerdilnya insan bernama manusia....
Ekspedisi membongkar kebesaran Allah S.W.T membawa hambanya lebih dekat kepadaNYA.......
Cayok ADLI.......

ZaidiUKM87

👏👍

Post a Comment

life in technicolor

About this blog

Insya'Allah

Blog ini cuba untuk membawa artikel-artikel yang bersifat saintifik dan mempunyai kaitan langsung dengan Islam. Menggariskan persamaan-persamaan di antara penemuan-penemuan sains kepada isi-isi yang terdapat di dalam Islam. Tumpuan artikel ini ditulis untuk bacaan umum dan akan cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami.

Blog ini juga cuba untuk merungkai mengenai ideologi dan pengalam-pengalam peribadi penulis, agar dapat dijadikan renungan dan pengajaran kepada semua.

Alhamdulilah.

Chat Space


ShoutMix chat widget

Followers