Islam, Insan dan Physics

Perbincangan mengenai islam, insan dan fizik. A discussion about Islam, Human and Phyiscs

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Al-Ruum: 40)


Assalamualaikum,

Melihat langit di atas kita mengagumi sungguh indah bulan dan bintang. Setiap satu perhiasaan langit ini mempunyai fungsi tertentu kepada kehidupan makhluk di muka bumi. Bulan dijadikan sebagai penetap tarikh suatu masa dahulu manakala bintang dijadikan penunjuk jalan di malam yang gelap gelita.

Namun seindah langit bumbung bumi ini, ia tidak terkecuali daripada pencemaran akibat dengki dan kerakusan manusia. Bintang semaking hilang satu persatu akibat pencemaran cahaya dan mengumpulan debu di langit. Bulan kadang kala kelihatan berwarna, oren, biru mahupun hijau.

Pada malam semalam, di bawah langit bandar baru bangi, bulan yang selalu kelihatan putih mutiara bertukar menjadi kuning-keperangan.

Fenomena bulan kelihata berwarna oren disebabkan dua faktor, faktor pertama kerana pembiasan cahaya oleh atmosfear manakala faktor kedua adalah disebabkan pengumpulan debu di udara.

Kedudukan bulan berdekatan dengan kaki langit (horizon) menyebabkan cahaya dari matahari perlu melalui atmosfear bumi dahulu sebelum melalui bulan. Cahaya yang sama kemudiannya akan dipantulkan ke bumi dan melalui atmosfear bumi sekali lagi. Perjalan cahaya melalui banyak ketebalan udara di dalam atmosfere menyebabkan cahaya kebiruan terbias dan meninggalkan cahaya kekuningan. Oleh itu hanya cahaya kekuningan sahaja yang sampai kepada mata manusia. Disebabkan ini jugalah matahari terbenam kelihatan kuning.

Namun faktor ini hanya berlaku apabila bulan berada dekat dengan ufuk langit, bulan seharusnya kelihatan putih kembali apabila berada tegak di atas kepala. Jika bulan masih kelihat kuning, maka kemungkinan besar kerana pencemaran udara.


Pengumpulan debu di langit akan menyebabkan cahaya kebiruan dibiaskan dan meninggalkan cahaya kekuningan. Oleh itu bulan masih kelihata kekuningan walaupun sudah jauh dari ufuk

Ini semua menunjukkan betapa rakusnya manusia demi kesenangan di dunia. Sehinggakan langit turut dicemari.



0 comments:

Post a Comment

life in technicolor

About this blog

Insya'Allah

Blog ini cuba untuk membawa artikel-artikel yang bersifat saintifik dan mempunyai kaitan langsung dengan Islam. Menggariskan persamaan-persamaan di antara penemuan-penemuan sains kepada isi-isi yang terdapat di dalam Islam. Tumpuan artikel ini ditulis untuk bacaan umum dan akan cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami.

Blog ini juga cuba untuk merungkai mengenai ideologi dan pengalam-pengalam peribadi penulis, agar dapat dijadikan renungan dan pengajaran kepada semua.

Alhamdulilah.

Chat Space


ShoutMix chat widget

Followers