Islam, Insan dan Physics

Perbincangan mengenai islam, insan dan fizik. A discussion about Islam, Human and Phyiscs

Pebende Lobang Hitam tu?

Lubang Hitam tu merupakan satu kawasan di mana terdapat graviti yang sangat kuat sehingga sebarang cahaya yang cuba melepaskan diri disedut kembali. Oleh kerana tiada yang mampu bergerak selaju cahaya, kesemua yang lain akan turut sama disedut. Jatuh ke dalam Lubang Hitam umpama jatuh ke Air Terjun Niagara; ‘tak dapek nak nulun dah…’



Gane kejadian Lobang Hitam tu?

Lubang Hitam terbentuk apabila bintang-bintang yang telah habis menggunakan semua bahan bakarnya

menyebabkannya meletup seperti Bom Hidrogen yang dikenali sebagai Supernova. Letupan tersebut mengakibatkan lapisan luar bintang mengembang dalam bentuk gas sambil memampatkan kawasan pusatnya. J

ika bintang tersebut bersaiz beberapa kali ganda dari Matahari kita, Lubang Hitam akan terbentuk. Analoginya begini; ‘umpama korang sumbat kete, rumah, katil, almari, baldi, kucing dan lain-lain dalam botol jem kat dapur tu….’

Nak tengok Lobang Hitam tu leh?

Jawapannya ‘takleh la!!!…’. Ini kerana mata kita perlukan cahaya untuk melihat sesuatu tapi disebabkan Lubang Hitam menyedut kesemua cahaya membuatkan kita lansung tidak dapat melihat dengan kaedah

biasa.Umpama kita mencari kucing hitam dalam malam yang gelap gelita. Jadi cara nak kesan Lubang Hitam adalah dengan memerhatikan keadaan di mana terdapat tarikan graviti berbentuk spiral yang di pusatnya tiada apa-apa maka diandaikan di situ terdapat Lubang Hitam.

Kalu masuk lam Lobang Hitam gane?

Umum berpendapat Lubang Hitam merupakan Penjara Abadi di mana tiada harapan lagi untuk melepaskan diri dan hilang selama-lamanya. Tetapi sebenarnya tanggapan tersebut tidak tepat sepenuhnya. Sebaliknya Lubang Hitam mengalami ‘kebocoran’ yang lambat dalam bentuk Hawking Radiation. Kebocoran ini mengakibatkan Lubang Hitam meruap selama berbilion tahun sehingga hilang. Oleh itu, setiap yang disedut ke dalam Lubang Hitam tidak akan hilang secara abadi, sebaliknya hilang dalam tempoh yang sangat panjang. Jadi semua ‘banduan’ Lubang

Hitam tidak akan hilang tetapi ‘dikitar semula’ menjadi tenaga dan zarah. Jika ingin mengembalikan banduan tersebut kepada keadaan asal, tenaga dan zarah tadi perlulah disusun dengan aturan tertentu supaya menjadi sesuatu yang lain. Umpama pasu pecah berkecai, serpihannya perlu diproses semula




0 comments:

Post a Comment

life in technicolor

About this blog

Insya'Allah

Blog ini cuba untuk membawa artikel-artikel yang bersifat saintifik dan mempunyai kaitan langsung dengan Islam. Menggariskan persamaan-persamaan di antara penemuan-penemuan sains kepada isi-isi yang terdapat di dalam Islam. Tumpuan artikel ini ditulis untuk bacaan umum dan akan cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami.

Blog ini juga cuba untuk merungkai mengenai ideologi dan pengalam-pengalam peribadi penulis, agar dapat dijadikan renungan dan pengajaran kepada semua.

Alhamdulilah.

Chat Space


ShoutMix chat widget

Followers